PapAn iTam

cinta itu memang indah...
cinta adalah segala-galanya
tapi cinta pada ibu bapa dan pencipta
itu lebih indah....

Saturday, November 7, 2009

ustaz naik antu...

PUTRAJAYA: Kesabaran seorang ustaz terhadap sikap anak muridnya yang dipendam sejak
enam bulan lalu tiba ke kemuncaknya kelmarin, apabila pelajar tingkatan lima itu mendakwa
ditumbuk beberapa kali oleh guru agama terbabit menyebabkan keningnya terkoyak dan berdarah.Sebelum kejadian, pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Farouk mendakwa dipanggil ustaz berkenaan yang juga guru disiplin sekolah sebaik selesai perhimpunan pagi.Bagaimanapun, ustaz itu didakwa hanya mendiamkan diri menyebabkan dia berjalan terus ke bilik darjah bersama rakan lain.Namun, ustaz terbabit yang memegang sebilah gunting mengikut mangsa ke kelasnya sebelum ‘mengamuk’ dengan menendang beberapa kerusi dan meja serta menarik bahu dan menumbuk Farouk, kira-kira jam 7.45 pagi.Kejadian hampir lima minit yang disaksikan rakan sekelas mengejutkan mangsa yang tidak dapat berbuat apa-apa sebelum cuba menyelamatkan diri dengan berlari ke pejabat pengetua bagi mengelak terus dibelasah ustaz berkenaan.Pelajar Sekolah Menengah Teknik Cheras itu, mendakwa dia terkejut dengan tindakan melulu guru agama itu yang memukul tanpa sebab sebaik selesai perhimpunan pagi.Menurutnya, dia kembali ke kelas bersama rakan apabila ustaz terbabit hanya berdiam diri selepas memanggil namanya pada perhimpunan pagi itu.“Ustaz kemudian memasuki kelas melalui pintu belakang dan menendang beberapa kerusi selain mengarahkan rakan kelas lain beredar ke tepi sebelum menarik bahu dan menumbuk saya bertubi-tubi sehingga kening kiri berdarah.“Saya terkejut dan tidak dapat mempertahankan diri kerana kejadian berlaku terlalu pantas dan hanya menyedari kening tercedera apabila darah meleleh di pipi sebelum cuba berlari menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di Taman Desa Makmur, Sungai Merab, dekat sini, semalam.Farouk mendakwa ketika melarikan diri ke bilik pengetua, ustaz terbabit sempat memekik dan mencabarnya melaporkan kejadian itu kepada ibu bapanya.Dia kemudian menggunakan telefon di bilik pengetua untuk menghubungi ibu bapanya yang kemudian bergegas ke sekolah bagi mengetahui kejadian sebenar.“Saya dibawa ke sebuah klinik swasta berhampiran sekolah oleh guru bagi mendapatkan rawatan,” katanya yang masih trauma dengan serangan mengejut ustaz terbabit.Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, dia tidak mengetahui punca ustaz itu menumbuknya, tetapi pernah mendengar guru agama terbabit mengeluarkan kata-kata sinis terhadapnya.“Apa yang saya tahu, ustaz sentiasa meluahkan kata-kata sinis seperti ‘kau tak akan lulus SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tahun ini dan gelap masa depan kau’ setiap kali berselisih dengannya.“Memang saya sedih apabila ada guru seolah-olah mendoakan kegagalan anak muridnya sendiri,” katanya yang akan menduduki peperiksaan SPM, pertengahan bulan ini.Difahamkan, sebelum ini, beberapa rakan mangsa turut mendakwa dipukul ustaz terbabit, tetapi kejadian itu tidak pernah dilaporkan kepada ibu bapa atau pihak sekolah kerana tiada bukti kukuh.Sementara itu, bapa mangsa, Rohaizin Sulaiman, 46, berkata dia dan isteri kesal dengan kejadian selain bimbang dengan keselamatan Farouk, lebih-lebih lagi apabila memikirkan peperiksaan SPM semakin hampir tiba.Menurutnya, dia sedih apabila ustaz yang sepatutnya membimbing anak muridnya sanggup bertindak di luar batasan dan bimbang kejadian sama akan berulang.“Saya memberi kepercayaan penuh kepada guru untuk membantu dan mendidik anak-anak, tetapi jika ini yang berlaku sukarlah bagi kami mempercayai mereka,” katanya yang juga seorang kakitangan kerajaan.Rohaizin berkata, dia juga ingin mengetahui kesalahan dilakukan anaknya sehingga diperlakukan sedemikian rupa.“Sebagai ustaz, menjadi tanggungjawab untuk menegur pelajar mereka jika ada perkara yang tidak baik dilakukan pelajar dan bukannya dengan menumbuk pelajar terbabit sehingga tercedera.“Walaupun ustaz itu ada meminta maaf di depan pengetua, guru hal-ehwal murid dan warden sekolah, saya tetap membuat laporan polis untuk keselamatan anak saya,” katanya.Rohaizin berkata, dia membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi, dekat sini, petang kelmarin.“Saya bukan berdendam dengan ustaz itu, tetapi sebagai pengajaran supaya kejadian sama tidak berlaku pada pelajar lain, pada masa sama mengelak guru mengambil tindakan luar batasan terhadap pelajarnya,” katanya.Sementara itu, jurucakap Balai Polis Bandar Baru Bangi, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian yang membabit pelajar terbabit.

3 comments:

. . . h u s n a . . . said...

aku rse cam tau je sape ustaz tuh.. ko rse ustad sala ke ????
ko rse pe yg msuk dlm paper nih btol ke???? sian dowhhh...

nursuhaila said...

erm..
adek aku cakap
yang benda dalam paper ni
banyak da tokok tambah

. . . h u s n a . . . said...

ntah la weyh..
rse cm nk g skola..
tny kt cg... :(

Followers