PapAn iTam

cinta itu memang indah...
cinta adalah segala-galanya
tapi cinta pada ibu bapa dan pencipta
itu lebih indah....

Friday, January 29, 2010

SENAMAN ASAS KESIHATAN

Selain amalan makanan yang sihat dan rehat yang cukup , senaman merupakan salah satu komponen yang perlu diamalkan untuk gaya hidup yg sihat

Ia merupakan sejenis aktiviti riadah yang boleh dilakukan oleh semua golongan tanpa mengira umur, jantina dan pekerjaan

Senaman melibatkan aktiviti seperti berjoging, berlari, bersukan, berjalan kaki, berbasikal, berenang,lompat tali, tarian dan sebagainya.

Mereka yang aktif bersenam dengan baik mempunyai kadar kematian yang lebih rendah berbanding mereka yang tidak aktif .

Senaman didapati berkesan untuk memperbaiki dan meningkatkan taraf kesihatan terutama bagi mereka yang berpenyakit dan bermasalah seperti penyakit jantung, diabetes, kegemukan, hipertensi dan osteoporisis.

Senaman membantu seseorang itu hidup dengan lebih cergas dari aspek fizikal dan metal. Pada masa yang sama mereka dapat melaksanakan kerja harian dengan lebih bertenaga, penuh minat tanpa cepat merasa letih dan lesu.

just sharing information
sebab google tips diet tadi....
tapi ptg ni malas sgt nak pusing maktab
hehehehe :))

Followers